DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia. Foto: Facebook Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor harap tahun 2022 bawa lebih banyak khabar gembira

SHAH ALAM, 31 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Norashikin berharap tahun 2022 akan membawa lebih banyak khabar gembira buat rakyat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

“Semoga tahun 2022 akan membawa lebih banyak khabar gembira buat sekalian rakyat jelata, kemakmuran berterusan, kesejahteraan yang berpanjangan dan sentiasa di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala,” titah Baginda menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Susulan bencana banjir besar yang melanda pada 18 Disember, Kerajaan Negeri memutuskan tiada sambutan ambang tahun baharu 2022 diadakan.

Sebaliknya ia diganti dengan majlis solat hajat dan munajat supaya dijauhi musibah.


Pengarang :