Wakil sekolah menunjukkan komputer yang diterima semasa majlis penyerahan sumbangan komputer oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 7 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sumbangan komputer lancarkan pembelajaran sekolah Kafa-i

HULU SELANGOR, 8 DIS: Pemberian komputer memudahkan pihak sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) menjalankan sesi pembelajaran dalam talian.

Wakil guru Kafa-i Kampung Batu 30 Haslinda Sapian berkata sumbangan tiga unit komputer melegakan pihak sekolah memandangkan kemudahan sedia ada semakin usang.

“Terima kasih oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berikan tiga unit komputer.

Guru Kafa Integrasi Kampung Batu 30, Haslinda Sapian

“Insya-Allah sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan guru dan murid dalam pendidikan,” katanya.

Beliau ditemui SelangorKini pada Majlis Penyerahan Komputer Kepada Sekolah Kafa-i di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu di sini semalam.

Ketua Guru Kafa-i Sungai Tengi Selatan Siti Zabedah Muklas pula berharap program dapat diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak sekolah menerima bantuan.

“Meskipun pembelajaran Kafa lebih menumpukan kepada al-Quran tetapi melalui komputer juga kita boleh menerapkan ilmu pendigitalan dalam kalangan murid,” katanya.


Pengarang :