Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari (tengah) menerima sumbangan daripada Pengerusi Persekutuan Malaysia Cawangan Selangor, Michelle Han Mei Kian (tiga, kiri) ketika Majlis Serahan Tabung Bantuan Ikhtiar Selangor Bangkit siri kedua di Pejabat Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 31 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tabung khas pulih banjir Selangor terima sumbangan RM1.8 juta

SHAH ALAM, 31 DIS: Sebanyak RM1.8 juta diterima menerusi sumbangan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit siri kedua hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan berkenaan daripada beberapa syarikat korporat dalam usaha membantu rakyat negeri ini yang terkesan banjir.

“Sumbangan ini kita akan gunakan untuk membantu kebajikan dan juga proses pemulihan banjir yang sedang giat dilakukan,” katanya selepas menerima dana berkenaan di Bangunan Annex hari ini.

Antara penyumbang ialah THC Sdn Bhd, WCT Holding Berhad, Nirvana Asia Group, Persekutuan Pekilang Malaysia Cawangan Selangor dan Kuala Lumpur serta Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

Individu atau syarikat yang mahu menyumbang boleh melakukan pembayaran dalam talian menerusi akaun Bank CIMB 8604-747-531 (Bendahari Negeri Selangor Rujukan: Tabung Ikhtiar).

Isnin lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit untuk pemulihan kawasan terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu.


Pengarang :