Sukarelawan Team Selangor bertungkus-lumus menyediakan pek makanan kepada mangsa terjejas banjir di beberapa daerah di Selangor. Foto Team Selangor
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Team Selangor agih 2,325 makanan kepada penduduk terjejas banjir

SHAH ALAM, 23 DIS: Sukarelawan Team Selangor mengagihkan 2,325 beg makanan kepada penduduk negeri ini yang terjejas akibat banjir teruk setakat semalam.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata seramai 100 anggota sukarelawan digerakkan bagi menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan berkenaan.

“Team Selangor turut menerima khidmat bantuan para sukarelawan daripada Angkatan Mahasiswa dan Universiti Malaya.

“Turut serta membantu ialah beberapa kumpulan seperti Amal Crew dan Persatuan Mahasiswa Selangor,”katanya ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kerajaan Negeri menggerakkan pasukan sukarelawan termasuk Team Selangor bagi membantu proses menempatkan penduduk yang terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan sukarelawan turut mengagihkan bantuan awal kepada mangsa.

Suasana di pusat operasi bantuan banjir sukarelawan Team Selangor di Petaling Jaya. Pusat ini berperanan sebagai ‘command centre’ untuk susun atur, koordinasi dan pembungkusan edaran bantuan. Foto Team Selangor

Pengarang :