Anggota polis trafik mengiringi salah seorang warga emas yang hadir bagi membuat pembayaran kompaun saman ketika tinjauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 12 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tempoh diskaun saman trafik dilanjut hingga 31 Disember

SHAH ALAM, 12 DIS: Tempoh diskaun untuk bayaran saman trafik yang dijadual berakhir tengah malam ini dilanjutkan hingga 31 Disember.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan itu memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan saman mereka, lapor Berita Harian.

“Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

“Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Pada 8 Disember lalu polis menawarkan pengurangan saman terpilih sehingga 80 peratus dengan had minimum RM30 bermula 9 Disember hingga 12 Disember.

 


Pengarang :