Exco Kerajaan Negeri Hee Loy Sian berucap ketika Majlis Sambutan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dewan Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 14 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tidak pilih kasih, bantuan negeri manfaat semua kaum

SUBANG JAYA, 15 DIS: Pakej ekonomi negeri yang diumum sejak tahun lalu akibat pandemik Covid-19 membantu pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

EXCO pelancongan turut memuji pentadbiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang adil menjaga kebajikan rakyat ketika berdepan suasana sukar.

“Selangor melaksanakan pelbagai program bantuan yang memberi kelebihan kepada rakyat merangkumi
kebajikan orang kelainan upaya, warga emas, bayi, ibu tunggal dan pelajar,” kata Hee Loy Sian.

Beliau bercakap ketika merasmikan sambutan Hari Krismas peringkat negeri di dewan Gereja Full Gospel Tabernacle di sini, yang turut dimeriahkan ratusan hadirin.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan lebih RM1.1 bilion dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi menyediakan lima pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat.

Pelan itu meliputi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin berjumlah RM127.78 juta yang memanfaatkan petugas hadapan, peniaga dan mahasiswa pada Mac 2020.

Pakej fasa kedua bernilai RM272 juta diperkenal pada 1 April untuk menangani dampak wabak diikuti Pelan Pemulihan Ekonomi sebanyak RM55.8 juta pada 13 Julai.

Pada 20 Januari tahun ini, Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.877 juta diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat untuk mendepani perintah kawalan pergerakan 2.0.

Pakej itu sekali lagi diumumkan pada 9 Jun dengan nilai RM551.6 juta bagi membantu golongan berpendapatan rendah, pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.


Pengarang :