Keadaan tanah runtuh yang dikesan berlaku di DUN Bukit Antarabangsa pada 19 Disember 2021. Foto Facebook DUN Bukit Antarabangsa
ADNSELANGOR

Tiga lokasi tanah runtuh dikesan di DUN Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM, 19 DIS: Terdapat tiga lokasi tanah runtuh dikesan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa susulan hujan berterusan di negeri ini beberapa hari lalu.

Sebuah rumah terjejas susulan tanah runtuh yang dikesan berlaku di DUN Bukit Antarabangsa pada 19 Disember 2021. Foto Facebook DUN Bukit Antarabangsa

Tiga lokasi berkenaan ialah di Taman Sering Ukay, Ukay Heights dan Dataran Ukay yang melibatkan dua kediaman.

“Yang dipertua MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) telah dimaklumkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa dan Unit Cerun.

“Jabatan Kejuruteraan MPAJ telah diarahkan oleh yang dipertua untuk tindakan segera,” menurut DUN terbabit di Facebook.

Semalam, Selangor mengalami banjir kilat di beberapa kawasan disebabkan taburan hujan lebih dua kali ganda paras tertinggi pernah direkodkan sebelum ini.

Antara daerah yang terjejas teruk ialah Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.


Pengarang :