Struktur siling bangunan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam tercabut akibat ribut pada 27 Januari 2022. Foto Facebook Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
AGENDANASIONAL

13 rumah terjejas akibat hujan lebat, ribut di Shah Alam

SHAH ALAM, 27 JAN:  Sebanyak 13  buah rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di sini adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung  kejadian ribut pada 5.15 petang yang mengakibatkan bumbung rumah penduduk tercabut dan diterbangkan angin.

Beliau berkata lapan kenderaan dan enam lot parkir sebuah pasar raya di Seksyen 13 turut dilaporkan rosak.

“Satu lagi laporan diterima daripada orang awam sekitar 6.50 petang membabitkan kepingan bumbung di tingkat dua sebuah universiti swasta di Seksyen 13 di sini terjatuh akibat angin kencang.

“Namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa bagi ketiga-tiga laporan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

 


Pengarang :