Jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air menunggu proses saringan kesihatan dan pemakaian peranti penjejak digital di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 30 Disember 2021. Foto Facebook DR NOOR HISHAM ABDULLAH
AGENDANASIONAL

245 kes Omicron dikesan, 12 jangkitan tempatan – Khairy

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak 245 kes jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia setakat hari ini, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, 233 kes merupakan jangkitan import manakala 12 kes penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 157 kes atau 64 peratus daripada semua kes tersebut melibatkan jemaah umrah,” katanya pada sidang media hari ini.

– BERITA LANJUT MENYUSUL


Pengarang :