Selangorkini
Kejohanan Boling Piala Yang Berhormat Halimey Ahli Dewan Negeri Seri Setia berlangsung di Wangsa Bowl One Utama pada Ahad. Foto Facebook Halimey Abu Bakar
ADN SELANGOR

36 pasukan berentap rebut piala kejohanan boling wakil rakyat Seri Setia

SHAH ALAM, 18 JAN: Sebanyak 36 pasukan berentap pada Kejohanan Boling Piala Yang Berhormat Halimey Ahli Dewan Negeri Seri Setia pada Ahad.

Pemenang tempat pertama membawa pulang trofi dan wang tunai RM300 diikuti tempat kedua (RM250 dan trofi) dan tempat ketiga (RM150 dan trofi).

Halimey Abu Bakar berkata seramai 108 peserta terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Wangsa Bowl One Utama itu.

Halimey Abu Bakar bersama pemenang Kejohanan Boling Piala Yang Berhormat Halimey Ahli Dewan Negeri Seri Setia,

Menurut beliau acara diadakan bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat dan wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Dengan adanya aktiviti ini kita dapat bersama mengeratkan silaturahim dan membina semangat kesukanan di samping mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya kepada SelangorKini.

Manakala pemenang cabutan bertuah pula membawa pulang hadiah lumayan antaranya LED Sony TV 40″, Sharp Microwave 35 L, Philips Air Fryers, dan Elba Stand Mixer.


Pengarang :