EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah menyampaikan Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat pada 4 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

3,300 kanak-kanak sertai program khatan, kos seorang RM150 hingga RM200

SHAH ALAM, 21 JAN: Program khatan perdana anjuran Kerajaan Selangor bakal diadakan semasa cuti persekolahan awal Mac ini

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata lebih 3,300 kanak-kanak dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai program itu melibatkan peruntukan RM500,000.

“Program dilancarkan di DUN Sungai Tua, Gombak dan berakhir di Tanjung Sepat, Kuala Langat. Kita akan lihat kesesuaian sama ada dibuat di setiap DUN atau daerah.

“Anak asnaf, fakir miskin atau anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19 diutamakan. Ini sebagai bantuan meringankan beban mereka memandangkan kos berkhatan mencecah ratusan ringgit,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan bakul makanan #produkkampung4u kepada wakil pejabat tanah dan daerah di Dewan Kompleks Perumahan EXCO Kerajaan Selangor, Seksyen 7 hari ini.

Pada September tahun lalu Borhan mengumumkan inisiatif berkenaan bagi meringankan beban golongan  kurang berkemampuan

Jelasnya ketika ini kos berkhatan agak tinggi antara RM150 hingga RM200 seorang.


Pengarang :