Selangorkini
Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad menyerahkan baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina di pusat khidmat rakyatnya pada 22 Januari 2022. Foto ihsan Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali
ADN SELANGOR

400 warga DUN Batang Kali dapat baucar beli-belah Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 26 JAN: Sebanyak 400 baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina diagih kepada penduduk Batang Kali pada Sabtu lalu sempena perayaan itu bulan depan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan diutamakan untuk penduduk berpendapatan rendah (B40) dan mempunyai ramai tanggungan.

“Sumbangan ini diharap meringankan beban mereka dalam menyediakan keperluan raya. Kita turut menyerahkan limau kepada mereka,” katanya menambah serahan dibuat di pejabat pusat khidmat DUN.

Selain agihan baucar, Saifuddin berkata pihaknya turut mendaftarkan penduduk dengan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sesuai.

Selangor memperkenalkan Jom Shopping Raya yang menyasar kumpulan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :