Juwairiya Zulkifli menghulurkan bantuan pek makanan kepada salah sebuah keluarga yang terjejas banjir di DUN Bukit Melawati. Foto Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

500 pek makanan diagih kepada mangsa banjir DUN Bukit Melawati

SHAH ALAM, 8 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menyumbangkan 500 bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir di kawasan terbabit.

Wakil rakyat Juwairiya Zulkifli berkata bantuan itu membabitkan perbelanjaan sejumlah RM35,000 yang meliputi beras, tepung, sardin dan susu.

“Semua agihan kepada mangsa banjir selesai semalam dan kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi.

Selain bakul makanan, Juwairiya berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan daripada individu, badan bukan kerajaan dan institusi kepada mangsa terjejas bah itu.

“Kita turut mengagihkan beberapa barangan keperluan asas, set lapik tidur, selimut, bantal dan periuk nasi hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus-putus dalam membantu mangsa banjir di DUN Bukit Melawati,” katanya.

Tiga kampung di DUN tersebut yang terlibat dalam bencana banjir 18 Disember tahun lalu adalah Kampung Asahan, Kampung Bukit Kuching dan Kampung Tanjung Siam.


Pengarang :