Ketua Polis Selangor Dato’ Arjunaidi Mohamed (kanan) menyampaikan bantuan banjir kepada Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan (kiri) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 12 Januari 2022. Foto Facebook Polis Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

795 warga polis Selangor terkesan banjir dapat bantuan

SHAH ALAM, 13 JAN: Seramai 795 warga polis kontinjen Selangor yang terkesan banjir bulan lepas menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM427,200.

Sebanyak RM379,500 disumbangkan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial (TKSS) Selangor manakala selebihnya Persatuan Keluarga Polis (Perkep) serta pelbagai pihak.

Ketua Polis Selangor berkata bantuan kepada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung mereka.

“Warga polis kontinjen Selangor juga tidak terkecuali menjadi mangsa banjir yang melanda negeri ini pada 18 Disember lalu.

“Diharap pegawai terbabit terus bertambah cekal dalam menghadapi dugaan ini,” kata Dato’ Arjunaidi Mohamed dalam ucapan sempena program penyerahan bantuan berkenaan semalam.

Turut hadir Pengerusi Perkep Selangor Datin Baidzura Su dan Timbalan Ketua Polis Selangor Dato’ Sharul Lalli Masduki.

 


Pengarang :