Kenderaan meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor dan negeri lain hingga 9 malam

SHAH ALAM, 25 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di di Selangor dan beberapa negeri hari ini.

Maklumat dikongsi agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan amaran cuaca buruk sehingga 9 malam di negeri ini melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama diramalkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah).

Manakala di Sarawak pula membabitkan Sri Aman dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Sabah di Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Tawau (Tawau).


Pengarang :