Bumbung bahagian lobi Kompleks Management and Science University (MSU), Seksyen 13, Shah Alam runtuh akibat kejadian ribut pada 27 Januari 2022. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam
AGENDANASIONAL

Angin kencang, bumbung lobi MSU runtuh

SHAH ALAM, 27 JAN: Bumbung bahagian lobi Kompleks Management and Science University (MSU), Seksyen 13 dekat sini runtuh akibat hujan dan angin kencang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata pihaknya menerima
maklumat berhubung insiden terbabit pada jam 6.50 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Polis Seksyen 9 bergegas ke lokasi kejadian bagi mengesahkan maklumat daripada orang awam

“Anggota kami yang tiba di lokasi pada jam 7.10 malam memaklumkan sekeping bumbung yang berada di tingkat dua bangunan MSU jatuh ke bawah akibat ditiup angin,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi.


Pengarang :