etua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajukan soalan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada 7 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar: Gejala rasuah semua peringkat harus ditangani segera

SHAH ALAM, 12 JAN: Gejala rasuah yang merebak ke semua peringkat perlu ditangani segera bagi menyelamatkan rakyat secara keseluruhan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang juga mendesak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengambil ketetapan tegas berhubung perkara berkenaan.

“Tokoh politik lama atau baharu tetapi bersekongkol dengan kelompok rasuah. Sudah ada kewangan yang besar dan pamer kehebatan. Ia bukan penyelesaian kepada rakyat.

“Ada kecenderungan lempar tuduhan kepada orang politik. Siapa yang ambil balak, curi saham, dapat kontrak dan kekayaan melimpah? Mengapa harus samakan semua,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook pada malam ini.

Anwar juga menggesa orang ramai supaya menganggap rasuah sebagai perbuatan jenayah yang mengakibatkan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan hidup menderita.

“Rasuah bukan hanya projek besar-besar tetapi ketirisan berlaku termasuk dalam projek rakyat biasa, subsidi minyak dan bantuan rakyat. Ini disebut ketua audit negara tahun demi tahun tetapi tiada tindakan.

“Saya tidak fikir perkara ini boleh selesai tanpa ada gerakan rakyat yang lebih menyeluruh dan sedar tanggungjawab untuk selamatkan negara,” katanya.


Pengarang :