Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Sepang dan Arkib Negara menyusun rekod fail yang terjejas banjir pada 11 Januari 2022. Foto Facebook Pejabat Pertanian Daerah Sepang
AGENDA NASIONAL

Arkib Negara bantu pusat pertanian urus fail ditenggelami banjir

SHAH ALAM, 11 JAN: Jabatan Arkib Negara menerusi Pasukan Tindakan Bencana Rekod membantu Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang menguruskan fail ditenggelami banjir.

Pejabat Pertanian daerah Sepang menerusi Facebook memaklumkan banjir yang melanda Selangor tempoh hari menjejaskan segala rekod rasmi kerajaan.

“Atas keprihatinan dan bantuan, Jabatan Arkib Negara memberi penerangan serta cara mengendalikan rekod fail kepada kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Sepang.

“Semoga kerjasama antara kedua-dua agensi ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Taburan hujan luar biasa di antara 100 ke 400 milimeter secara berterusan mengakibatkan kejadian banjir di 186 kawasan di sembilan daerah di Selangor.

Antara yang terkesan teruk ialah Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam yang mana seramai 4,276 mangsa banjir berjaya diselamatkan dengan 4,080 mangsa dihantar ke 18 pusat pemindahan sementara (PPS).


Pengarang :