Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim (kanan) menyampaikan bantuan toto kepada wakil pusat operasi bencana alam pada 2 Januari 2022. Foto Facebook Ir Izham 
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Banjir: Wakil rakyat Pandan Indah sumbang pelapik tidur, makanan kepada mangsa

SHAH ALAM, 3 JAN: Wakil rakyat Pandan Indah menyumbang 600 set pelapik tidur dan pek makanan kepada beberapa pusat operasi bencana alam (POBA) di Selangor hari ini.

Ir Izham Hashim berkata agihan dibuat bagi membantu mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan keperluan asas susulan bencana dua minggu lalu.

“Alhamdulillah, selesai mengagihkan sumbangan set toto dan pek makanan kepada POBA Puchong, Shah Alam, Kota Raja, Kapar, Kuala Selangor dan Tanjong Karang.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir di Selangor,” katanya di Facebook.

Beliau yang juga EXCO  berkata pihaknya turut merancang untuk memberikan bantuan dapur gas kepada mangsa terlibat dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, selepas ini saya sedang usaha untuk menyumbang set dapur gas pula,” tambah Ir Izham.


Pengarang :