Selangorkini
Orang ramai hadir untuk mendapatkan vaksin Covid-19 tanpa janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Covention Center (IDCC) Shah Alam pada 7 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Dos penggalak: Empat pusat pemberian vaksin beroperasi di Lembah Klang

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak empat pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka bermula 15 Januari bagi meningkatkan kadar vaksin dos penggalak, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata PPV tersebut beroperasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Axiata Arena Bukit Jalil, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan Soka Gakkai Klang.

“Ini akan meningkatkan pemberian dos penggalak di Lembah Klang dan jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, kita akan perluaskan.

“Pemberian dos penggalak dilakukan melalui janji temu yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera atau khidmat pesanan ringkas,” katanya pada sidang media  hari ini.


Pengarang :