Petugas kesihatan bersedia untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 15 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapor kesan sampingan imunisasi ringan di MySejahtera

SHAH ALAM, 19 JAN: Orang ramai yang mengalami kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) ringan boleh melaporkannya melalui aplikasi MySejahtera.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), gejala yang tidak tersenarai perlu dirujuk ke fasiliti kesihatan bagi mendapat nasihat atau rawatan.

“Pegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI,” kata KKM di Facebook hari ini.

Keterangan lanjut dan langkah melaporkan kesan sampingan seperti berikut:

 


Pengarang :