Selangorkini
Penyerahan Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir di Dewan MBSA Jalan Kebun, Shah Alam pada 10 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 34,000 keluarga terima bantuan banjir, peruntukan keseluruhan RM34.238 juta

SHAH ALAM, 15 JAN: Seramai 34,118 keluarga terjejas banjir bulan lalu menerima bantuan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000 setakat 10 pagi tadi.

Menurut infografik dikongsi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook sebanyak 12 waris korban bencana di Klang, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat turut menerima bantuan masing-masing RM10,000.

Keseluruhan peruntukan dibelanjakan melalui Bantuan Selangor Bangkit (BSB) adalah berjumlah RM34.238 juta.

Daerah Petaling paling ramai menerima sumbangan membabitkan 11,236 isi rumah diikuti Klang (7,376), Hulu Langat (6,846), Sepang (3,966), Kuala Langat (1,890), Kuala Selangor (1,784), Gombak (892), Hulu Selangor (93) dan Sabak Bernam (35).

Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung bulan ini.


Pengarang :