Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop (kanan) dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor Salwana Ahmad Dahlan (kiri) menunjukkan sumbangan meja murid kepada Kafa Integrasi RTB, Bukit Changgang pada 28 Januari 2022. Foto ihsan Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS agih RM7.5 juta bantu 150 masjid, sekolah agama terkesan bah

SHAH ALAM, 28 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntuk RM7.5 juta bagi membantu 150 masjid, surau dan sekolah agama di negeri ini yang terjejas banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan M. Yusop berkata sumbangan itu bagi menggantikan karpet, peralatan masjid, perabot sekolah dan buku teks yang musnah.

“Melalui peruntukan pascabanjir itu, setiap masjid, surau dan sekolah agama menerima sumbangan zakat sehingga maksimum RM50,000,” katanya dalam kenyataan.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan Saipolyazan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor Salwana Ahmad Dahlan dalam satu majlis di sini hari ini.

Sebelum itu, LZS turut menyerahkan kerusi dan meja kepada Kafa Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang dan bantuan pembelian karpet kepada Masjid Ar-Rahmah, Bukit Changgang.

Seramai 47,413 mangsa bah menerima bantuan zakat berjumlah RM37.17 juta setakat 31 Disember lalu.


Pengarang :