Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan kecemasan kepada suami wanita itu di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 17 Januari 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS hulur bantuan kepada keluarga wanita maut dipenggal

SHAH ALAM, 18 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam menyerahkan bantuan kepada keluarga wanita yang meninggal dunia akibat dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 15 Januari lalu.

Agensi itu menerusi Facebook berkata keluarga itu yang juga asnafnya akan turut menerima bantuan khairat kematian.

Tambahnya, LZS pada tahun lalu telah memberikan rumah zakat untuk membantu keluarga berkenaan memulakan kehidupan namun bertukar tragedi akibat penyalahgunaan dadah oleh anak mereka.

“Kami serahkan sedikit bantuan kecemasan dan akan menyalurkan bantuan khairat kematian bagi meringankan sedikit bebanan beliau (suami mangsa),” katanya di sini hari ini.

LZS turut berharap semua lapisan masyarakat memainkan peranan mencegah penyalahgunaan dadah selain memulakannya di peringkat awal pendidikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang wanita berusia 56 tahun maut selepas dibunuh anaknya yang berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan siasatan polis.

Suspek juga mempunyai rekod melakukan ugutan ke atas ibunya pada 2014 dan sudah menjalani hukuman.


Pengarang :