Selangorkini
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohd Yazid Sairi (dua kanan) menyampaikan cek cura kepada Imam Masjid Jamek Al-Amaniah, Zulhilmi Ibrahim (kiri) pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan 25 Tahun Jubli Perak MPS di Masjid Al-Amaniah Batu Caves, Gombak pada 27 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

Majlis Perbandaran Selayang yakin capai status bandar raya 2030

GOMBAK, 28 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yakin mampu mencapai status bandaraya menjelang 2030, kata yang dipertuanya.

Mohd Yazid Saidi berkata misi diletakkan untuk membawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, harapan penduduk Selayang semakin tinggi sekali gus menuntut perkhidmatan lebih cekap, efisien dan proaktif.

“Jika kita semua bersama berganding bahu, insya-Allah saya percaya aspirasi untuk menjadikan Selayang sebuah bandaraya berdaya huni, selamat dan bersih dapat dicapai,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun ke-25 MPS di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves dekat sini semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohd Yazid Sairi (tiga, kanan) bersama jemaah pada majlis bacaan Surah Yasin dan doa selamat sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak MPS di Masjid Al-Amaniah Batu Caves, Gombak pada 27 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dalam majlis itu, Mohd Yazid turut menyumbang RM3,000 kepada pusat ibadat terbabit bagi tujuan khairat masjid.

Beliau menambah PBT itu melalui banyak perubahan selain rintangan sejak lebih dua dekad lalu yang menjadikan MPS sebuah perbandaran matang dan makmur.

“Saya menghargai sumbangan dan khidmat bakti warga kerja MPS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selayang,” katanya.


Pengarang :