Pekerja KDEB Waste Management (KDEBWM) membantu penduduk membersihkan sampah di kawasan terjejas banjir di Pekan Batu 14, Hulu Langat pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Mangsa bah diberi tempoh hingga Ahad keluarkan sampah pukal

SHAH ALAM, 14 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) memberi tempoh sehingga Ahad untuk mangsa banjir mengeluarkan baki sampah pukal dari kediaman masing-masing.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata kerjasama orang ramai diperlukan bagi memudahkan urusan kutipan setelah pembersihan fasa kedua bermula 8 Januari lalu.

“Kita dapati masih ramai tidak keluarkan sampah pukal seperti meja dan kerusi sedangkan barangan ini perlu dibuang kerana pembersihan sudah masuk fasa dua pada 8 Januari lalu.

“Justeru, kita minta kerjasama orang ramai supaya operasi pembersihan pascabanjir lancar dan kita dapat tumpukan pembersihan longkang serta parit,” katanya kepada Selangorkini.

Anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan sepenuhnya kutipan sampah domestik sejak tahun lalu giat membersihkan kawasan terjejas banjir mulai 20 Disember secara berperingkat.

Sebanyak 78,000 tan sampah pukal dibersihkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi lain yang selesai sepenuhnya pada 7 Januari lalu.


Pengarang :