Selangorkini
NSW FC menjadi juara edisi sulung Liga Super Wanita dengan menewaskan The Footsouls 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 26 Januari 2022. Foto Facebook Persatuan Bola Sepak Selangor
AGENDA SUKANKINI

NSW FC benam The Footsouls, juara edisi sulung Liga Super Wanita

SHAH ALAM, 26 JAN: Negeri Sembilan Women’s FC (NSW FC) melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai edisi sulung Liga Super Wanita FAS malam ini.

Jaringan tunggal Henrietta Justine pada minit ke-73 sudah cukup bagi skuad berkenaan membenam The Footsouls pada saingan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pencapaian itu sekali gus melunaskan janji kapten pasukan terbabit Malini Nordin yang mahu memberi aksi terbaik hingga hujung permainan untuk bergelar juara.

Pada aksi separuh akhir 17 Januari lalu, skuad berkenaan membelasah FC Swat 3-1 melalui jaringan Henrietta, Malini dan Noor Hartini.

Liga Super Wanita FAS membuka tirai pada 29 November lalu dengan disertai 10 pasukan.

Kejohanan terbahagi kepada dua kumpulan, empat pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati manakala perlawanan akhir berlangsung hujung bulan ini di Stadium MBSJ.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan merasmikan liga terbabit di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 20 November.


Pengarang :