Petugas KDEBWM selesai melakukan kutipan sampah banjir di Jalan Geliga, Taman Sri Muda pada 6 Januari 2022. Foto Facebook KDEBWM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pembersihan sampah banjir di Shah Alam selesai, kutip 20,577 tan

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerja pembersihan sampah pukal banjir di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk di Taman Sri Muda yang paling terjejas teruk selesai hari ini.

Dalam laporan pengendali sisa pepejal KDEB Waste Management, 48,136 tan sampah sisa banjir dibersihkan di lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terjejas banjir sejak air mulai surut 20 Disember lalu.

Kutipan paling tinggi di antara lapan PBT direkod di kawasan pentadbiran MBSA dengan 20,577 tan.

Jumlah sampah yang banyak dibersihkan antaranya seperti berikut:
– Majlis Bandaraya Subang Jaya – 8,824 tan (siap 99 peratus)
– Majlis Perbandaran Klang – 7,654 tan (98 peratus)
– Majlis Perbandaran Kajang – 5,820 tan (100 peratus)

Berikut berat kutipan sampah pukal banjir di empat lagi PBT:

-Majlis Perbandaran Sepang – 2,537 tan (siap 100 peratus)
-Majlis Perbandaran Kuala Langat – 1,150 tan (100 peratus)
-Majlis Perbandaran Kuala Selangor – 1,078 tan (100 peratus)
-Majlis Bandaraya Petaling Jaya – 503 tan (100 peratus)

KDEBWM membersihkan kawasan terjejas banjir di beberapa daerah sejak 19 Disember lalu secara berperingkat yang dijangka selesai sekitar Januari.

Bermula 27 Disember, operasi pembersihan dilanjut sehingga malam untuk mempercepatkan kutipan sampah pukal pascabanjir terutama di kawasan kritikal.

Petugas KDEBWM melakukan kutipan sampah banjir di Jalan Geliga, Taman Sri Muda pada 6 Januari 2022. Foto Facebook KDEBWM

Pengarang :