Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen pada 20 Januari 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Pemimpin utama HARAPAN temui PM, bangkit isu lompat parti, rasuah dan banjir

SHAH ALAM, 20 JAN: Pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook memaklumkan pertemuan turut melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Berdasarkan perkongsian Anwar yang juga pengerusi HARAPAN, parti itu membangkitkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dibentang dalam sesi Parlimen akan datang.

Beliau juga memaklumkan turut dibincang perihal rasuah yang semakin menggila serta langkah pascabanjir yang dihadapi.

Terdahulu Ahli Parlimen menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14 bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pascabanjir.

Selain mendengar penerangan perdana menteri mengenai situasi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, beberapa isu turut dibahaskan seperti perancangan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi banjir.

 

 

 


Pengarang :