Atap bangunan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam tercabut akibat kejadian ribut pada 27 Januari 2022. Foto Facebook Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Politeknik Shah Alam dilanda ribut, struktur bumbung, siling rosak

SHAH ALAM, 27 JAN: Hujan lebat dan ribut yang melanda petang tadi mengakibatkan kerosakan bangunan serta harta benda di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, di sini.

Berdasarkan perkongsian di Facebook rasminya menunjukkan pelbagai kerosakan berlaku antaranya cermin bangunan pecah, bumbung blok tercabut,  atap pejabat bocor serta kenderaan kakitangan dihempap pokok.

Institusi pengajian itu turut memaklumkan kerosakan dan anggaran kos yang terlibat sedang dinilai.

Cermin salah satu bangunan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam pecah akibat kejadian ribut pada 27 Januari 2022. Foto Facebook Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

Struktur siling bangunan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam tercabut akibat kejadian ribut pada 27 Januari 2022. Foto Facebook Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

 

 


Pengarang :