Selangorkini
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) berkenan menyerahkan dapur memasak kepada salah seorang mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat pada 19 Januari 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Raja Muda sertai misi bantuan pascabah di Sungai Lui

SHAH ALAM, 20 JAN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyertai misi bantuan banjir bersama beberapa agensi di Sungai Lui, Hulu Langat semalam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook memaklumkan Tengku Amir Shah turut berkenan melihat sendiri kesan kemusnahan pascabanjir di kawasan terbabit.

“Baginda melihat sendiri kesan kemusnahan pascabanjir serta menyantuni mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan dan menyerahkan sumbangan,” kata kenyataan itu.

Program serahan bantuan dianjurkan Toyota Malaysia bersama Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Selangor FC.

Pada 19 Disember 2021, Tengku Amir Shah berkenan melawat mangsa banjir sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada mereka yang terkesan.

Baginda juga membeli sendiri barang keperluan di Pasaraya Checkers, Shah Alam untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Seksyen 16 dan Taman Meru Jaya, Klang.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) berkenan menyantuni penduduk ketika menyertai misi bantuan pascabanjir di Sungai Lui, Hulu Langat pada 19 Januari 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office

Pengarang :