Selangorkini
EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah menyampaikan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat pada 4 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Ratusan mangsa banjir di Kuala Langat, Sepang dapat RM1,000

KUALA LANGAT, 4 JAN: Hampir 700 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini dan Sepang menerima bantuan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri hari ini.

EXCO pembangunan luar bandar berkata jumlah itu merangkumi 277 keluarga di Bukit Changgang di sini dan lebih 400 keluarga di Dengkil, Sepang.

Borhan Aman Shah memaklumkan sumbangan RM10,000 turut diserahkan kepada empat waris mangsa banjir yang terkorban dalam bencana itu.

“Pemberian tunai hari ini berjalan lancar dan mereka tidak perlu mengisi banyak borang, hanya sekeping sahaja dan terus terima sumbangan,” katanya selepas menyerahkan bantuan itu di sini.

Seramai 8,219 keluarga terjejas banjir di negeri ini memperoleh bantuan RM1,000 melalui inisiatif Selangor Bangkit dengan kos keseluruhan RM8.239 juta.

Pada 21 Disember lalu, Kerajaan Selangor memperuntuk RM100 juta melalui Bantuan Selangor Bangkit susulan tragedi banjir di beberapa daerah negeri ini antara 17 hingga 19 Disember.

Sejumlah RM80 juta diagihkan bagi pembinaan semula infrastruktur manakala baki untuk pembersihan.


Pengarang :