Selangorkini
Pasukan futsal Selangor MAC yang menyertai Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL). Foto Selangor FC
AGENDA SUKANKINI

Selangor MAC buka tirai Cuckoo MPFL selaku juara bertahan

SHAH ALAM, 15 JAN: Pasukan futsal Selangor MAC membuka tirai saingan Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sirkit 1 hingga 3 yang bermula hari ini selaku juara bertahan.

Selangor FC memaklumkan pertandingan berkonsepkan liga sepusingan itu diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic membabitkan 15 pasukan dengan lapan pasukan teratas akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022.

“Pasukan ini dilatih oleh ketua jurulatih yang telah membawa Selangor MAC menjuarai MPFL 2019, Addy Shairullyzam dan dibantu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh. Manakala jurulatih penjaga gol, Firdaus Razali dan jurulatih kecergasan, Luqman Mat.

“Selangor FC berharap pasukan futsal Selangor MAC akan terus memberi saingan yang kuat dan menjuarai Cuckoo MPFL 2022. Semoga berjaya Gergasi Merah,” katanya menerusi kenyataan.

Berikut jadual perlawanan Selangor MAC bagi sirkit 1:

15 Januari jam 10.30 pagi – Selangor MAC lawan Negeri Sembilan
16 Januari jam 10.30 pagi – Selangor MAC lawan Kuala Lumpur
22 Januari jam 3 petang – Selangor MAC lawan PDRM FC
23 Januari jam 8.30 malam – Selangor MAC lawan KL City FC


Pengarang :