EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Dato’ Teng Chang Khim bercakap ketika sidang media laporan penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Pertunjukan Udara Selangor (SAS) di bilik gerakan MTES, Shah Alam pada 9 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor sedia lagu khas meriahkan Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 11 JAN: Kerajaan Negeri menyediakan sebuah lagu sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada 1 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor berkata klip video lagu itu dirakam di kampung baru Jenjarom dan disiarkan dalam sosial media semalam.

“Lagu bertajuk Salam Tahun Baharu itu akan dinyanyikan oleh beberapa penyanyi popular antaranya seperti Chow Kam Leong, Chang Sang Teck, Lim Wen Suen dan Lee Elaine,” kata Dato’ Teng Chang Khim dalam sidang media secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Chang Khim yang juga EXCO pelaburan perdagangan dan perindustrian turut mengingatkan penonton supaya merebut peluang memenangi angpau berjumlah RM10,000.

“Mengambil kira sambutan hangat pada tahun lepas, penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan atas talian dengan mengikuti arahan juruacara,” katanya.

Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri pada tahun ini kekal disambut secara dalam talian pada 1 Februari depan.

Sambutan ini disiarkan menerusi Facebook Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Chang Khim dengan pelbagai acara yang menampilkan barisan seniman daripada tiga generasi bermula 70-an.


Pengarang :