Artist tempatan terkenal Lim Wen Suen, Lee Elaine, Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck menyanyikan lagu khas Tahun Baharu Cina peringkat negeri Selangor berjudul ‘Salam Tahun Baharu’ yang dirakam dalam klip video untuk dipersembahkan secara langsung pada sambutan perayaan itu pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Seniman era 70-an meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri

SHAH ALAM, 24 JAN: Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri disiarkan secara langsung pada 1 Februari menampilkan seniman dari zaman 70-an hingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor Dato’ Teng Chang Khim berkata kumpulan Dua Sekawan dianggotai Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck antara yang membuat persembahan selain tarian singa dari Persatuan Tarian Singa Hong Jing.

“Lagu ciptaan Kam Leong bertajuk ‘Salam Tahun Baharu’ yang dirakam di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat juga akan dilancarkan dalam program itu nanti,” katanya.

Kerajaan Negeri meneruskan sambutan secara dalam talian buat kali kedua selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Program selama sejam disiarkan menerusi Facebook rasmi Chang Khim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 Februari bermula 9 malam.

Orang ramai tanpa mengira kaum berpeluang memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menyediakan ucapan kreatif yang boleh ditulis dalam pelbagai bahasa.

Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bersama artis dan petugas yang terlibat dengan rakaman di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat untuk persembahan secara langsung sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Acara lain seperti berikut:
1. Persembahan lagu-lagu klasik Tahun Baharu Cina oleh Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck (Kumpulan Dua Sekawan) dan Artist Lee Elaine
2. Persembahan Lion Dance oleh Persatuan Tarian Singa Hong Jing, Selangor
3. Persembahan Tarian oleh Dua Space Dance Theatre
4. Nyanyian lagu Tahun Baharu Cina versi A Capella oleh Colour of Voices
5. Persembahan GuZheng oleh Sara Heng
6. Persembahan gendang Cina oleh Hands Percussion
7. Persembahan GuZheng elektronik dan diabolo LED oleh Sara Heng dan Kumpulan DiAbolution
8. Persembahan Artist Lim Wen Suen
9. Persembahan Artist Gaston Pong & JE Pong
10. Ucapan Tahun Baharu Cina daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor


Pengarang :