Selangorkini
Tangkap layar bangunan SMK Bandar Saujana Putra yang siap sepenuhnya dan beroperasi pada Mac 2022. Foto Facebook Radzi Jidin
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

SMK Bandar Saujana Putra beroperasi Mac ini

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra di Selangor yang pembinaannya diteruskan pada 2020 selepas terbengkalai sejak 2019 telah siap sepenuhnya dan akan mula beroperasi bagi penggal baharu persekolahan pada Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pemakluman berkaitan pendaftaran murid ke sekolah tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Projek pembinaan SMK Bandar Saujana Putra yang terbengkalai sejak 2019, mula dibina semula pada November 2020.

“Mengetahui kesukaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, kami dapat merasakan betapa mereka tertunggu-tunggu bilakah SMK Bandar Saujana Putra ini boleh mula beroperasi.

“Alhamdulillah, awal minggu ini saya dimaklumkan pembinaan sekolah telah siap sepenuhnya. Hari ini, kami sekali lagi turun untuk melihat persediaan terakhir sebelum sekolah dibuka pada bulan Mac nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

-BERNAMA


Pengarang :