DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Tengku Permaisuri Norashikin. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Tengku Permaisuri titah bersederhana rai Tahun Baharu Cina, patuh SOP

SHAH ALAM, 31 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menitahkan rakyat supaya bersederhana ketika meraikan Tahun Baharu Cina esok.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga mengingatkan rakyat supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengelak perebakan Covid-19.

Baginda berdua juga berharap perpaduan, toleransi dan keharmonian antara kaum terus erat melalui perayaan berkenaan.

“Di samping melestarikan budaya turun-temurun demi kelangsungan sahsiah diri generasi akan datang,” titah baginda di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

DYMM tuanku dan Tengku Permaisuri turut menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Selangor yang meraikan perayaan tersebut.


Pengarang :