Penganut-penganut Hindu dilihat menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam yang disambut pada 18 Januari 2022. Foto BERNAMA
PENDAPATRENCANA

Tarikan Thaipusam di Batu Caves, terima jutaan pengunjung saban tahun

Batu Caves adalah bukit batu kapur yang cukup masyhur sehingga menjadi tumpuan pelancong luar negara.

Kemeriahan Hari Thaipusam pada setiap awal tahun yang disambut di gua-gua Batu Caves telah menaikkan status kawasan berkenaan sebagai lokasi upacara keagamaan Hindu terbesar di Asia Tenggara.

Wartawan FARIDZWAN ABDUL GHAFAR menyusun fakta mengenai Batu Caves yang dilawati lebih sejuta pengunjung setiap tahun semasa perayaan Thaipusam sebelum pandemik Covid-19.

– 326 meter dari aras laut
– 13 kilometer utara Kuala Lumpur
– Seluas 1.56 km persegi
– Dinamakan sempena Sungai Batu

Ada 20 gua, yang terkenal antaranya:
– Gua Kuil
– Gua Gelap
– Gua Villa
– Gua Ramayana

272 anak tangga dibina dan dicat pelbagai warna
Terdapat 269 spesies tumbuhan sekitarnya

Ditemui pencinta alam sekitar William Temple Hornaday pada 1878
Diperkenal sebagai tempat ibadat oleh pedagang India K Thamboosamy Pillai
Kuil pertama dibina dalam gua pada 1891
Patung Dewa Murugan setinggi 42.7 meter didirikan pada 2006

Thaipusam di Batu Caves
Mula disambut pada 1892
Diraikan penganut Hindu pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil
Sebelum pandemik, lebih sejuta penganut Hindu berkumpul di situ

Upacara membabitkan ritual di kuil
– mencukur rambut
– membawa kavadi
– upacara mandi
– membawa bekas susu
– perarakan pedati berhala

Susulan wabak Covid-19, tatacara operasi piawai (SOP) sambutan diperketatkan

Penganut-penganut Hindu menjunjung belanga berisi susu ketika berarak ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang disambut pada 18 Januari 2022. Foto BERNAMA

Pengarang :