Team Selangor berjaya mengutip 2,719 kilogram sampah menerusi 14 aktiviti gotong-royong pada 2021. Foto Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor kutip lebih 2,500kg sampah, mahu pulihara alam

SHAH ALAM, 30 JAN: Sukarelawan Team Selangor mengutip 2,719 kilogram (kg) sampah pelbagai jenis di 14 kawasan tumpuan tahun lalu.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata sampah meliputi plastik (1,122 kg), kertas (1,320 kg), kaca (122 kg) dan aluminium (155 kg) dikutip menerusi program pemuliharaan alam sekitar.

“Aktiviti mengutip sampah itu dijalankan bermula 18 September hingga 4 Disember. Sepanjang tempoh itu kami juga kutip 188 pelitup muka yang di buang merata-rata.

“Lokasi melibatkan beberapa kawasan antaranya Semenyih, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Jeram, Kuang dan Sungai Tua dengan kekuatan 1,112 sukarelawan,” katanya.

Pada 3 Oktober tahun lalu pasukan sukarelawan itu mula mengadakan program gotong-royong kutipan sampah bermula di Pantai Remis, Kuala Selangor sebagai langkah menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.


Pengarang :