Penjaga gol utama Selangor FC Khairulazhan Khalid kembali menjalani latihan di Pusat Latihan FAS, Shah Alam pada 6 Januari 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Tiga pemain Selangor kembali sertai latihan pramusim

SHAH ALAM, 8 JAN: Tiga pemain kebangsaan Selangor FC kelmarin kembali menyertai sesi latihan bersama kem Red Giants di Pusat Latihan FAS di sini.

Mereka ialah penjaga gol utama Khairulazhan Khalid, pemain kanan Quentin Cheng dan pemain tengah Mukhairi Ajmal, yang direhatkan selepas saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Dalam kenyataan pasukan itu, Khairulazhan berkongsi keterujaannya menjalani latihan dan nekad untuk meneruskan perjuangan dalam saingan tahun ini.

“Saya dan rakan sepasukan akan bekerja keras untuk mencapai sesuatu musim ini, insya-Allah,” katanya.

Pemain muda yang meningkat naik Mukhairi turut gembira bertemu rakan sepasukan baharu selain berharap memberikan yang terbaik buat Selangor FC.

“Barisan kejurulatihan musim 2022 adalah motivasi baharu kepada pasukan. Kita perlu mengikut strategi dan taktik yang dirancang. Bersama-sama kita memberikan yang terbaik,” katanya.


Pengarang :