AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Trek basikal dalam kebun tarikan baharu Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 9 JAN: Trek berbasikal sepanjang enam kilometer antara tarikan baharu di Selangor Fruit Valley (SFV).

Pengurus Pemasaran Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata laluan di kawasan kebun SFV itu mula dibuka pada 1 Januari lalu.

“Penunggang basikal yang ingin rasai pengalaman berbasikal di dalam ladang dengan panorama menarik dijemput ke SFV, aktiviti ini juga sesuai untuk seisi keluarga.

“Tiket RM10 dikenakan untuk kanak-kanak, manakala RM15 bagi dewasa dengan percuma buah potong dan air kelapa,” katanya kepada SelangorKini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel [email protected] atau [email protected].

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.


Pengarang :