Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan canselor dan pro canselor di kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 13 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Unisel anjur konvokesyen secara fizikal Februari, babit 2,838 graduan

BESTARI JAYA, 13 JAN: Universiti Selangor (Unisel) mengadakan istiadat konvokesyen secara fizikal selepas dua tahun ditangguhkan akibat Covid-19, kata presiden dan naib canselornya.

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata istiadat kali ke-15 itu berlangsung pada 5 hingga 10 Februari melibatkan 2,838 graduan.

“Istiadat melalui lima sidang yang dijalankan waktu pagi. Unisel akan memastikan majlis berjalan mengikut SOP (tatacara operasi piawaian) ditetapkan kerajaan,” katanya berucap di majlis penyerahan watikah pelantikan canselor dan pro Canselor Unisel hari ini.

Majlis berlangsung di Kampus Bestari Jaya itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sementara itu beliau berkata pihaknya menyasarkan kedudukan 100 universiti terbaik dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pada 2020 Unisel sertai Ranking Universiti Dunia UI-Greenmetric dan menduduki tempat ke-486 daripada 912 institusi manakala tahun lalu di kedudukan 424 daripada 956,” katanya.


Pengarang :