Selangorkini
Penduduk meredah air banjir berikutan hujan lebat sejak semalam di sekitar Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang, ketika tinjauan pada 18 Disember 2021. Foto FACEBOOK BERNAMA
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Wakil rakyat gesa kaji sistem perparitan Pelabuhan Klang, elak banjir berulang

SHAH ALAM, 7 JAN: Agensi bertanggungjawab diminta mengkaji semula sistem perparitan sedia ada sekitar Pelabuhan Klang bagi mengelak banjir teruk berulang.

Ahli Dewan Negerinya Azmizam Zaman Huri berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) harus mengambil iktibar bencana pada 18 Disember tahun lalu.

“Hujan lebat selama 18 jam menghasilkan taburan air sebanyak 380 milimeter selain bertembung dengan fenomena air pasang besar.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya berharap MPK dan JPS lebih peka. Mereka perlu kaji semula sistem perparitan di Telok Gong, Kampung Tradisi Pulau Indah serta keseluruhan kawasan di Pelabuhan Klang,” katanya kepada Selangorkini.

Azmizam menjelaskan setiap pembangunan dirancang dan diluluskan perlu mengambil kira faktor kemampuan sistem saliran serta perparitan selain perubahan iklim negara.

“Jangan hanya memikirkan keuntungan sebelah pihak pemaju sahaja, tetapi pada masa sama rakyat pula menanggung rugi dan kemusnahan harta benda.

“Malah, ada yang kehilangan nyawa akibat bencana disebabkan kegagalan, kecuaian serta kelemahan pihak berkaitan dalam merangka perancangan jangka pendek dan panjang,” katanya.


Pengarang :