Pengunjung beratur membeli makanan di bazar Ramadan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 21 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

694 mohon lot bazar Ramadan MBSA setakat Januari

SHAH ALAM, 8 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan dalam talian di 33 lokasi setakat 31 Januari lalu.

Permohonan melalui laman web https://bazar.mbsa.gov.my dibuka mulai 17 Januari hingga 16 Februari, kata ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya.

“Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum mendaftar,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Antara lokasi tapak bazar Ramadan ialah Seksyen 6, 7, 8, 16, 17, 18, 19, 20, U2, U3, U5, U8 dan U10.

Sebarang pertanyaan berkenaan permit bazar boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133 samb. 1700/1762/1486/1699/1317/1366.

 


Pengarang :