ADN Hulu Kelang, Saari Sungib bergambar bersama selepas menyampaikan sumbangan tong sampah kepada ketua blok flat PKNS AU1A/1 di Taman Permainan AU1A/1, Hulu Kelang pada 20 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Hulu Kelang serah 36 tong sampah kepada penduduk pangsapuri PKNS AU1A/1

GOMBAK, 20 FEB: Sebanyak 36 unit tong sampah disumbangkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang kepada penduduk pangsapuri PKNS AU1A/1 di sini, hari ini.

Wakil rakyatnya memaklumkan sumbangan itu merangkumi 12 tong sampah bersaiz besar dan 24 lagi bersaiz kecil.

“Terdapat empat blok kediaman di sini di mana setiap blok kita berikan tiga bersaiz besar dan enam bersaiz kecil.

“Pemberian ini adalah permintaan penduduk yang mana mereka menitik beratkan kebersihan,” kata Saari Sungib selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.

Saari berkata pemberian di perumahan berkenaan adalah kali kedua dalam tempoh beberapa tahun ini.

Katanya terdapat perbezaan ketara di mana tahap kebersihan di perumahan berkenaan bertambah bersih dari sebelumnya kerana mempunyai tong sampah yang mencukupi.


Pengarang :