ADN Sungai Ramal menyampaikan sumbangan hamper dan angpau kepada masyarakat Cina di Kajang Utama pada 12 Februari 2022. Foto Facebook Mazwan Johar
ADNSELANGOR

ADN Sungai Ramal kongsi rezeki agih hamper, angpau Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 14 FEB: Masyarakat Cina di Kajang Utama dirai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal sempena Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Mazwan Johar berkata seramai 40 tetamu hadir dengan mereka menerima hamper bernilai RM100 dan juga angpau.

Katanya majlis itu berlangsung dengan meriah walaupun program diadakan dalam suasana ringkas serta mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

“Alhamdulillah, sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Sungai Ramal telah diadakan dengan kehadiran seramai hampir 40 orang tetamu dari kaum Cina.

“Moga sumbangan yang diterima ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di DUN Sungai Ramal,” katanya di Facebook.


Pengarang :