Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan berkongsi gambar dua cucunda yang selamat diputerakan. Foto Facebook Istana Negara
AGENDA NASIONAL

Agong, permaisuri kongsi gambar dua cucunda lelaki

SHAH ALAM, 3 FEB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan berkongsi gambar dua cucunda yang selamat diputerakan baru-baru ini.

Istana Negara dalam perkongsian di Facebook turut berkongsi nama kedua-dua cucunda diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.

Menurut Istana Negara, Tengku Nuh Muhammad Shah adalah anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Manakala Tengku Aleya Norlini pula adalah anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

 


Pengarang :