Koordinator Khidmat untuk Malaysia dan Sukarelawan Selangor (SERVE) Danish Hairudin bersama isteri Farhana Rafee serta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (IPD Gombak), Batu Caves pada 8 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Aktivis KEADILAN beri keterangan kepada polis kes dua tahun lalu

GOMBAK, 8 FEB: Aktivis Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan mengganggu gugat ketenteraman awam pada dua tahun lalu.

Danish Hairudin yang juga Ketua koordinator Khidmat Untuk Malaysia dan Sukarelawan Selangor (SERVE) membuat demikian antara jam 2.45 hingga 3.30 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

Katanya, beliau dan isteri Farhana Rafee dipanggil polis untuk melengkapkan prosedur siasatan berkaitan Langkah Sheraton sebelum kes tersebut ditutup.

Danish Hairudin

“Saya dan isteri memberi kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan,” katanya yang juga ketua koordinator Sukarelawan Selangor (SERVE) ketika ditemui di IPD berkenaan hari ini.

Danish yang juga setiausaha politik Ahli Dewan Negeri Sentosa juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan polis pada bila-bila masa.

Beliau dihubungi polis pada malam Ahad lalu bagi memberi keterangan tersebut sekalipun barang rampasan kes telah dipulangkan pada tahun lalu.


Pengarang :