Penduduk kampung terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Johan Setia, Klang pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor dan negeri lain hingga 8 malam

SHAH ALAM, 9 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan ramalan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di hampir semua daerah di negeri ini.

Selain Selangor, amaran berkenaan turut berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala di Kedah pula meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Keadaan sama di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Belur, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Sementara Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran dan Kudat (Kota Marudu).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :