DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (kanan) bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan meluangkan masa beriadah di Kunang-Kunang Heritage Villa di Langkawi, Kedah baru-baru ini. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Beriadah di Langkawi, aksi Sultan, Tengku Permaisuri main congkak curi tumpuan (VIDEO)

SHAH ALAM, 3 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan meluangkan masa beriadah di kawasan penginapan Kunang-Kunang Heritage Villa di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut dijamu sajian makanan Melayu oleh pemilik vila Datuk Radzuan Radziwill.

“Baginda amat tertarik dengan keindahan perkampungan tradisional Melayu di kawasan penginapan berkenaan yang tenang dan sesuai sebagai lokasi percutian,” kata Selangor Royal Office di Facebook.

Laman rasmi itu turut berkongsi video berdurasi 21 saat memaparkan Sultan Selangor bersama Tengku Permaisuri Selangor ceria bermain congkak yang menarik perhatian warga maya.

                                                           


Pengarang :